Monday, July 26, 2010

BAB 2 KAWALAN SISTEM PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKABEKUAN


OBJEKTIF KURSUS


 

Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat;


 

  • Menyatakan dan melakar litar peti sejuk
  • Menerangkan fungsi-fungsi komponen yang ada pada litar peti sejuk
  • Menerangkan fungsi-fungsi komponen-kompinen pada litar penyamanan udara
  • Menguji punca motor pemampat

  •  
  1. KOMPONEN LITAR PENDAWAIAN JENIS PETI SEJUK


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Rajah 2.1 – Litar Pendawaian Peti Sejuk

Berdasarkan rajah 2.1 , didapati litar peti sejuk adalah litar yang paling asas dalam sistem penyamanan udara dan penyejukan. Berpandukan pada litar tidak terdapat banyak komponen-komponen elektrik. Diantaranya;


 

  1. Suis Pintu.
  2. Lampu.
  3. Larasuhu (Thermostat).
  4. Pelindung Beban Lampau (Overload).
  5. Motor Pemampat (Compressor).
  6. Geganti Arus (Relay).


     


 

  1. FUNGSI KOMPONEN ELEKTRIK PADA LITAR PETI SEJUK


 

2.2.1 Sius Pilihan

Berfungsi sebagai suis yang terletak di pintu. Dimana apabila pintu dibuka suis ini akan beroperasi dan mengalirkan arus ke lampu (MENYALA). Apabila pintu peti sejuk ditutup suis akan mematikan lampu.


 

  1. Lampu

    Memudahkan pengguna untuk melihat atau mengambil barang yang disimpan di peti sejuk.


 

  1. Larasuhu

    Digunakan untuk mengawal suhu di dalam peti sejuk atau bilik pada kadar yang dikehendaki. Ia beroperasi dengan memutuskan litar pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk atau bilik mencapai suhu yang ditetapkan dan menghidupkan litar pemampat apabila suhu di dalam ruang tersebut semakin meningkat. Laras suhu biasanya diletakkan di bahagian dalam peti sejuk. Terdapat dua (2) jenis Laras suhu yang biasa digunakan :


     

    1. Laras suhu dwilogam.
    2. Laras suhu buli perasa.


     

    Cara Menguji Thermostat Menggunakan Multimeter

    1. Laraskan thermostat pada kedudukan OFF.
    2. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
    3. Sentuhkan dawai pengujipada dua (2) punca thermostat.
    4. Jarum penunjuk multimeter tidak bergerak dan kemudian laraskan thermostat pada kedudukan 1, 2, 3 & seterusnya, jika jarum penunjuk multimeter bergerak (keterusan) ia menandakan thermostat tersebut berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.


 


 


 


 

  1. Pelindung Beban Lampau

    Terletak bersentuhan dengan badan motor pemampat. Beroperasi dengan perubahan suhu di pemampat. Memutuskan litar apabila suhu di badan pemampat meninggi atau pemampat berkerja pada keadaan beban lampau. Ia mengelakkan kerosakan pada pemampat.


     

    Cara Menguji Pelindung Beban Lampau

    Menggunakan Multimeter

    1. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
    2. Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di overload.
    3. Jika jarum penunjuk naik atau bergerak, ia berkeadaan BAIK dan sebaliknya.


 

  1. Motor Pemamapat

    Terletak di bahagian bawah. Menggerakkan piston di dalam pemampat untuk proses mampatan. Terdapat dua gegelung didalamnya iaitu gegelung permulaan dan gelung larian.


     

    Cara Menguji Pemampat

    Menggunakan Multimeter

    1. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
    2. Terdapat 3 punca di motor pemampat (Common, Starting & Running).
    3. Sentuhkan dawai penguji pada (rujuk rajah 1.2)

                1 + 3 = (dapatkan bacaannya)

1 + 2 =

    2 + 3 =


 


 

     P 1


·

6 W 8 W


          P 2
·
·
P3

10 W

Rajah 2.2 Tiga punca pada pemampat


 

Keputusan yang diperolehi;


 

-    Punca yang setentang dengan nilai yang paling tinggi ialah COMMON (punca 1)

-    Punca yang setentang dengan nilai yang kedua tertinggi ialah STARTING (punca 3).

-    Punca 2 ialah RUNNING.

  1. Jika nilai ketiga-tiga atau dua terdapat sama, pemampat tersebut adalah rosak. Begitu juga jika ketiga-tiga punca tersebut mempunyai keterusan dengan badan pemampat.


 

  1. Geganti Arus


    Geganti arus digunakan untuk menaikkan arus permulaan untuk menggerakkan pemampat di awal operasi dan kemudiannya menukarkan gelung larian untuk operasi yang biasa. Ia biasanya terletak di antara punca starting dan running.


     

    Cara Menguji geganti Arus Menggunakan Multimeter

  1. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
  2. Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di geganti arus.
  3. Jika jarum penunjuk bergerak, geganti arus berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.


     


 

2.3    LITAR PENDAWAIAN WINDOW UNIT DAN SPLIT UNIT


 

Pada kebiasaannya litar pendawaian untuk unit tingkap ( window unit ) dan unit pisah ( split unit ) mempunyai komponen yang lebih banyak berbanding litar untuk peti sejuk. Komponen-komponen yang biasanya terdapat di dalam unit tingkap dan unit pisah adalah seperti berikut:


 

  1. Pemuat Kapasitor (Capasitor).
  2. Suis Pilihan (Select Switch).
  3. Laras suhu (Thermostat)
  4. Pelindung Beban Lampau (Overload protector)
  5. Motor Pemampat.
  6. Motor Kipas.


 


 

Sumber : Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Rajah 2.3 Litar Unit Penyamanan Udara Jenis Pisah


 

  1. Kapasitor


 

Komponen ini biasanya digunakan untuk menguatkan arus elektrik dan menyimpan cas. Tujuan menyimpan cas elektrik dan mendiscaskannya untuk menghidupkan motor pemampat ataupun motor kipas.


 

Terdapat 2 jenis pemuat yang biasa digunakan dalam sistem PUP, iaitu Pemuat Mula dan Pemuat Larian. Biasanya 3 pemuat yang digunakan window unit iaitu Pemuat Mula dan Larian untuk motor pemampat dan pemuat larian untuk motor kipas.


 

Pemuat motor pemampat biasanya bersaiz besar dan nilai kapasiti yang tinggi berbanding kan pemuat motor kipas. Nilai kapasiti pemuat berpandu pula kepada BTU pemampat iaitu jika unit tersebut 10000 BTU maka nilai pemuat biasanya dalam nilai 20 uf hingga 25 uf.


 

Cara Pengujian Pemuat


 

  1. Menggunakan multimeter, laraskan kepada julat ohm x 10 kilo ohm.
  2. Pintaskan pemuat tersebut dahulu. Kemudian sambungkan dawai penguji multimeter dengan 2 punca pemuat.
  3. Jika jarum penunjuk naik dan kemudian turun secara perlahan ke infiniti, pemuat ini dalam keadaan BAIK.
  4. Jika jarum penunjuk tidak bergerak atau naik dan tidak turun ke infiniti. Pemuat dalam keadaan ROSAK.


 

  1. SUIS PILIHAN


 

Suis pilihan digunakan untuk memilih kelajuan motor kipas 'blower' dan menghidupkan pemampat. Pada kebiasaannya terdapat 4 atau 5 punca pada suis ini bergantung kepada kelajuan kipas tersebut samada 3 kelajuan (High, Medium & Low) atau
2 kelajuan (High & Low).


 

Cara Menguji Suis Pilihan Menggunakan Multimeter

  1. Laraskan multimeter pada julat ohm
  2. Tanggalkan semua kabel dari punca suis dan tandakan setiap punca dan kabel
  3. Sambungkan dawai penguji dengan punca masuk bekalan dan salah satu punca yang lain.
  4. Putarkan tombol suis satu peringkat, jika jarum penunjuk naik ini menandakan suis dalam keadaan Low fan dan seterusnya hingga ke High fan & Cool
    ( bermaksud motor kipas dalam keadaan putaran yang tinggi dan pemampat beroperasi )


 


 

  1. Motor Kipas


 

Motor yang digunakan biasanya jenis motor fasa tunggal seperti motor pemuat mula Larian, aruhan larian dan sebagainya. Biasanya terdapat 2 atau 3 kelajuan, (Low,
Medium dan High) punca-punca motor kipas juga bergantung kepada kelajuan maka Punca kabel akan terdapat 5 punca dan 2 kelajuan, 4 kabel. Iaitu kabel LOW, MEDIUM, HIGH. COMMON dan AUX, sebaliknya jika 4 kabel maka kabel MEDIUM dikeluarkan.


 

Cara Pengujian Mencari Punca Com, Aux, Low, Med dan High Motor Kipas;


 

  1. Menggunakan multimeter dan laraskan kepada julat ohm.
  2. Tandakan punca-punca motor kipas dengan No 1, 2, 3, 4 dan 5.
  3. Ukur bacaan setiap rintangan diantara setiap punca dawai.


 

Contoh 1:


 

Dawai 

1 

2 

3 

4 

5 

Jumlah 

1 

20 

25 

30 

35 

110 ohm 

2 

20 

40 

50 

60 

170 ohm 

3 

25 

40 

45 

70 

180 ohm 

4 

30 

50 

45 

80 

205 ohm 

5 

35 

60 

70 

80 

245 ohm 

Rajah 2.4 Jadual Bacaan Rintangan Pada Punca Kipas


 

d)     Berpandukan jadual diatas, dapat ditaksirkan punca-punca C, A, H, M & L berbanding jumlah rintangan. Iaitu :

Nilai paling tinggi     = Auxillary

Nilai kedua rendah     = Medium

Nilai Kedua tinggi     = Common

Nilai paling terendah     = Low

Nilai Ketiga      = High


 

  1. MENGENALPASTI LITAR KAWALAN BERKERJA MENGIKUT KAEDAH YANG DIKEHENDAKI.


 

Litar elektrik asas biasanya mempunyai pengalir dan alat kawalan seperti suis. Ia kemudian disambungkan kepada sesuatu sumber tenaga luar. Selain litar siri dan litar sesiri, litar utama dan litar kawalan adalah antara litar yang paling penting.


 

Litar utama terdiri daripada satu fasa dan tiga fasa. Ia juga berfungsi untuk menghidupkan motor. Litar kawalan (pendawaian D.O.L) atau juga dikenali sebagai penghidup talian terus yang mempunyai beberapa komponen utama terdiri daripada fius, sesentuh, punat tekan henti, punat tekan hidup, geganti beban lampau dan geganti. Litar ini juga bertindak untuk mengawal litar utama dan mengawal motor.


 

Cara kerja litar kawalan bermula dari penyambungan wayar hidup terus ke fius yang berfungsi sebagai alat keselamatan litar. Seterusnya arus elektrik akan mengalir ke geganti beban lampau yang berfungsi sebagai pemutus litar elektrik yang berlebihan.


 

Ia kemudian mengalir ke sesentuh yang terdiri daripada sesentuh sedia buka dan sesentuh sedia tutup. Punat tekan henti (merah) digunakan untuk menghentikan pengaliran arus elektrik dan punat tekan hidup (hijau) digunakan untuk membenarkan arus elektrik mengalir serta menjalankan litar. Seterusnya penyambungan geganti dan terus ke wayar neutral. Litar ini juga dapat menyambungkan lampu sebagai isyarat sesebuah sistem sedang berjalan dan sebagai alat tambahan.


 


 


 


 


 


 


 


 

Rajah 2.5 Litar pendawaian terus (Direct On Line Circuit)

No comments:

Post a Comment