Monday, July 26, 2010

LITAR PENDAWAIAN ASAS DAN SIMBOL

UNIT 1


 


 


 


 


OBJEKTIF


 


 

Objektif Am:    Mempelajari dan memahami litar pendawaian asas dan simbol yang digunakan dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan.


 


 

Objektif Khusus    :     Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

  • Menyatakan simbol asas yang digunakan dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan.
  • Melakarkan litar pendawaian asas bagi sistem pendawaian penyamanan udara dan penyejukbekuan.
  • Menyatakan proses kendalian sistem bagi sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan.
  • Menyatakan cara-cara menguji litar pendawaian yang diberikan.


 


 



 


 


 

  1. PENGENALAN


 

Litar elektrik ialah satu susunan pengalir atau kabel untuk membawa arus dari bekalan voltan ke komponen elektrik. (Contohnya seperti simbol yang terdapat dalam tajuk 1.1 ).


 


 

  1. SIMBOL YANG DIGUNAKAN UNTUK SISTEM PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN


 

Simbol ialah gambarajah berkaitan yang disambungkan dalam litar bagi mengantikan alatan sebenar pada litar pendawaian didalam sesuatu gambarajah litar. Ia berfungsi untuk menunjukan pendawaian yang lengkap bagi sesuatu litar tersebut. Berikut ialah simbol-simbol yang berkaitan dengan sistem pendawaian penyamanan udara dan penyejukbekuan.


 


 

1.1.1    Ammeter (ampier).


 

Rajah 1.1 : Simbol ammeter

Jangka ammeter (jangka ampier) digunakan untuk menyukat arus dalam litar dan disambung secara siri dengan litar.


 


 

1.1.2    Voltmeter


 

Rajah 1.2 : Simbol voltmeter

Jangka volt digunakan untuk menyukat voltan bekalan dan voltan susut, ianya disambung secara selari dengan kuantiti yang hendak disukat.


 


 


 

1.1.3    Meterwatt


 

Rajah 1.3 : Simbol meterwatt

Jangka watt digunakan untuk menyukat kuasa, jangka watt terbahagi kepada dia iaitu :

Gelung voltan – sambung selari dengan litar.

Gelung arus – sambung sesiri dengan litar.


 


 

1.1.4    Ohmmeter


 

Rajah 1.4 : Simbol Ohmmeter

Jangka ohm digunakan untuk menyukat rintangan beban dan disambung selari dengan beban semasa tiada bekalan. Kebiasaanya kita menggunakan jangka serbaguna. (multitester).


 


 

1.1.5     Fius


 

Rajah 1.5 : Simbol fius

Fius ialah sejenis alat yang melindungi litar dari arus lebihan dan disambung pada dawai hidup bersiri. Mempunyai dawai panca logam yang akan lebur apabila arus yang lebih dari arus kadaran pada fius mengalir melaluinya.

Arus kadaran – ialah nilai arus maksima yang dapat ditanggung oleh fius.

Arus fius – ialah nilai arus minima yang akan meleburkan fius.

Faktor fius – ialah nisbah diantara arus fius dengan arus kadaran.


 


 

        1.1.6    Lampu


 

Rajah 1.6 : Simbol Lampu

Lampu digunakan sebagai suatu alat untuk menghasilkan beban di dalam satu litar elektrik.

    1.1.7    Laras Suhu


 

Rajah 1.7 : Simbol Laras Suhu

Laras suhu ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal suhu dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan dengan cara memutuskan atau menyambungkan semula litar akibat daripada tindakan perubahan suhu. Pada takat yang ditentukan.


 


 

        1.1.8    Pemampat


 

                     Rajah 1.8 : Simbol pemampat

Pemampat merupakan komponen yang terpenting dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan. Fungsinya ialah untuk memampatkan gas bahan pendingin dan haba yang diserap di dalam penyejat daripada tekanan dan suhu yang rendah kepada tekanan dan suhu yang tinggi serta menyingkirkannya di dalam pemeluwap. Pemampat dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan diumpamakan sebagai jantung manusia yang mengalirkan darah keseluruh urat saraf di dalam tubuh badan, begitu juga dengan pemampat yang akan menganjakkan bahan pendingin keseluruh sistem.


 


 

        1.1.9    Termistor

    

Rajah 1.9 : Simbol termistor

Termistor ialah pepejal separuh pengalir yang mempunyai rintangan pengaliran elektrik yang bergantung kepada suhu yang berbeza-beza. Rintangan akan bertukar kira-kira 6% untuk setiap darjah Celsius (oC). Ia diperbuat daripada litium klorida atau cecair yang tebal dan berat seperti barium titanat. Ia hendaklah disimpan di tempat yang kering. Termistor digunakan sebagai gantian dwilogam atau unsure kuasa yang peka kepada suhu.


 


 


 

1.1.10    Pelindung Beban lampau


 

                 Rajah 1.10 : Simbol Pelindung beban lampau

Pelindung Beban lampau ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal lebihan beban di dalam sesuatu litar elektrik. Bertindak mengawal kadar kepanasan gegelung motor pemampat. Ia bertujuan untuk melindungi pemampat daripada rosak apabila mendapat lebihan beban yang berlaku dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan.


 

1.1.11    Alat Pemeteran


 

Rajah 1.11 : Simbol alat pemeteran

Untuk menyelenggarakan perbezaan tekanan di antara bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah iaitu menurunkan tekanan dan suhu cecair bahan pendingin dari tekanan dan suhu tinggi kepada cecair tekanan dan suhu rendah. Mengawal kadar alir cecair bahan pendingin yang masuk ke penyejat, supaya seimbang dengan keupayaan pemampat. Kedudukannya selepas pemeluwap dan sebelum penyejat.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 



 


 


 


 

  1. JENIS PENDAWAIAN ASAS DAN CARA

    MENGGUNAKANNYA.

    Ada beberapa gabungan komponen dan litar yang digunakan dalam sistam penyamanan udara dan penyejukbekuan. Seseorang pelajar mestilah mahir dan memahami komponen-komponen dan litar yang biasa digunakan. Salah satu cara untuk memahami komponen dan litar penyamanan udara dan penyejukbekuan ialah dengan memahami kaedah kendalian dan pendawaian sistem tersebut.


 


 

    1.2.1.    Litar Pendawaian Peti Sejuk.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Rajah 1.12 : Litar Pendawaian Peti Sejuk.


 

Berpandukan kepada rajah 1.12 ; apabila arus dibekalkan suis laras suhu akan mendapat bekalan, suis laras suhu akan membenarkan arus elektrik mengalir kepada beban lampau dan terus ke pemampat. Pemampat akan beroperasi sehinggalah sistem tersebut dimatikan. Lampu akan menyala apabila pintu peti sejuk dibuka dan akan padam semula sekiranya pintu tersebut ditutup.


 


 


 


 


 


 


 

1.2.2    Litar Pendawaian Unit Tingkap (Window Unit)


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

            Sumber : Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

Rajah 1.13 : Litar Pendawaian Unit Tingkap


 


 

Berpandukan kepada rajah 1.13 ; apabila arus dibekalkan ke dalam sistem, ia akan mengalir ke suis pilihan. Motor Kipas akan berputar mengikut kelajuan yang telah di tetapkan pada suis pilihan. Serentak dengan itu, motor pemampat akan beroperasi dengan berpandukan pada suis pilihan yang telah ditetepkan bersamaan dengan kelajuan motor tersebut. Sistem akan beroperasi dengan sempurna sehinggalah suis dimatikan.


 


 


 


 


 


 


 



 


 


 


 


 


 

1.3    LITAR DAN CARA MENGUJINYA.

Berikut ialah diterangkan cara-cara dan kaedah untuk melakukan pengujian sesuatu litar di dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan (berpandukan pada litar yang dilukiskan pada unit 1.2 iaitu rajah1.12 , rajah1.13)


 


 

    1.3.1    LITAR PENDAWAIAN PETI SEJUK


 

Berdasarkan gambarajah litar penyejukan (peti sejuk) yang diberikan didapati litar peti sejuk adalah litar yang paling asas dalam sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan. Berpandukan pada litar terdapat banyak komponen-komponen elektrik. Di antaranya :


 

  1. Suis Pintu.
  2. Lampu.
  3. Laras Suhu (Termostat).
  4. Pelindung Beban Lampau (Overload).
  5. Motor Pemampat (Compressor).
  6. Geganti Arus (Relay).


 


 

1.3.1.1    SUIS PINTU

Berfungsi sebagai suis yang terletak di pintu. Di mana apabila pintu dibuka suis ini akan beroperasi dan mengalirkan arus ke lampu (MENYALA). Apabila pintu peti sejuk ditutup suis akan mematikan lampu.


 


 

1.3.1.2    LAMPU

Memudahkan pengguna untuk melihat atau mengambil barang yang disimpan dalam peti sejuk.


 


 

1.3.1.3 LARAS SUHU (Thermostat)

Digunakan untuk mengawal suhu di dalam peti sejuk atau bilik pada kadar yang dikehendaki. Ia beroperasi dengan memutuskan litar pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk atau bilik mencapai suhu yang ditetapkan dan menghidupkan litar pemampat apabila suhu di dalam ruang tersebut semakin meningkat. Laras suhu biasanya diletakkan di bahagian dalam peti sejuk. Terdapat dua (2) jenis Laras suhu yang biasa digunakan :


 

  1. Laras suhu dwilogam.
  2. Laras suhu buli perasa


 

Cara Menguji Laras Suhu Menggunakan Multimeter

  1. Laraskan laras suhu pada kedudukan OFF.
  2. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
  3. Sentuhkan dawai penguji pada dua (2) punca termostat. Jarum penunjuk multimeter sepatutnya tidak bergerak.
  4. Laraskan Laras suhu pada kedudukan 1, 2, 3 & seterusnya, dan ulang langkah c). Jarum penunjuk multimeter sepatutnya bergerak (keterusan). Keadaan seperti yang dinyatakan menunjukkan bahawa Laras suhu berada di dalam keadaan yang baik. Jika keadaan yang sebaliknya berlaku, termometer adalah berada di dalam keadaan yang rosak.


 


 

1.3.1.4    PELINDUNG BEBAN LAMPAU (Overload)

Terletak bersentuhan dengan badan motor pemampat. Beroperasi dengan perubahan suhu di pemampat. Memutuskan litar apabila suhu di badan pemampat meninggi atau pemampat berkerja pada keadaan beban lampau. Ia mengelakkan kerosakan pada pemampat.


 

Cara Menguji Pelindung Beban Lampau (Overload) Menggunakan Multimeter

  1. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
  2. Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di overload.
  3. Jika jarum penunjuk naik atau bergerak, ia berkeadaan BAIK dan sebaliknya.


 


 

1.3.1.5    MOTOR PEMAMPAT (Compressor)

Terletak di bahagian bawah. Menggerakkan piston di dalam pemampat untuk proses mampatan. Terdapat dua gegelung di dalamnya iaitu gegelung permulaan dan gelung larian.


 

Cara Menguji Pemampat
Menggunakan Multimeter

  1. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
  2. Terdapat 3 punca di motor pemampat (Common, Starting & Running).
  3. Sentuhkan dawai penguji pada mana-mana dua punca punca ( seperti contoh pada rajah 1.14 )            

    1 & 3 = 8 W

1 & 2 = 6 W

2 & 3 = 10 W

Contoh:-

1


·

6 W 8 W


 

2 ·
· 3

10 W

                Rajah 1.14 : cara menguji pemampat

  • Punca yang setentang dengan nilai yang paling tinggi ialah COMMON (punca 1)
  • Punca yang setentang dengan nilai yang kedua tertinggi ialah STARTING

    (punca 3).

  • Punca 2 ialah RUNNING.


 

  1. Jika nilai ketiga-tiga atau dua terdapat sama, pemampat tersebut adalah rosak. Begitu juga jika ketiga-tiga punca tersebut mempunyai keterusan dengan badan pemampat.


 


 


 


 

1.3.1.6     GEGANTI ARUS (Relay)

Terletak di punca starting dan running pemampat. Bertujuan untuk menaikkan arus permulaan bagi menggerakkan pemampat dan kemudian menukarkan kepada gelung larian untuk operasi sempurna.


 

Cara Menguji geganti Arus (Relay) Menggunakan Multimeter

  1. Laraskan multimeter pada julat ohm x 1W.
  2. Sentuhkan dawai penguji pada 2 punca di relay.
  3. Jika jarum penunjuk bergerak, relay berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.


 


 

1.3.2    LITAR PENDAWAIAN WINDOW UNIT DAN SPLIT UNIT


 

Pada kebiasaannya litar pendawaian untuk unit tingkap ( window unit ) dan unit pisah ( split unit ) mempunyai komponen yang lebih banyak berbanding litar untuk peti sejuk. Komponen-komponen yang biasanya terdapat di dalam unit tingkap dan unit pisah adalah seperti berikut:


 

  1. Pemuat (Capasitor).
  2. Suis Pilihan (Select Switch).
  3. Laras Suhu (Thermostart).
  4. Pelindung Beban Lampau (Overload.)
  5. Motor Pemampat.
  6. Motor Kipas.


 


 

1.3.2.1. PEMUAT (Capasitor)

Komponen ini biasanya digunakan untuk menguatkan arus elektrik dan menyimpan cas. Tujuan menyimpan cas elektrik dan mendiscaskannya untuk menghidupkan pemampat ataupun motor kipas.

Terdapat 2 jenis pemuat yang biasa digunakan dalam sistem PUP, iaitu Pemuat Mula dan Pemuat Larian. Biasanya 3 pemuat yang digunakan window unit iaitu Pemuat Mula dan Larian untuk motor pemampat dan pemuat larian untuk motor kipas.


 


 

Pemuat motor pemampat biasanya bersaiz besar dan nilai kapasiti yang tinggi berbanding pemuat motor kipas.

Nilai kapasiti pemuat berpandu pula kepada British Termal
Unit (BTU) pemampat iaitu jika unit tersebut 10000 BTU maka nilai pemuat biasanya dalam nilai 20 mf hingga 25 mf.


 

Cara Pengujian Pemuat


 

  1. Menggunakan multimeter, laraskan kepada julat ohm x 10 kilo ohm.
  2. Pintaskan pemuat tersebut dahulu. Kemudian sambungkan dawai penguji multimeter dengan 2 punca pemuat.
  3. Jika jarum penunjuk naik dan kemudian turun secara perlahan ke infiniti, pemuat ini dalam keadaan BAIK.
  4. Jika jarum penunjuk tidak bergerak atau naik dan tidak turun ke infiniti. Pemuat dalam keadaan ROSAK.


 


 

`1.3.2.2 SUIS PILIHAN (Select Switch)

Suis ini digunakan untuk pemilihan kelajuan motor kipas (kipas
di In-Door
unit) dan menjalankan pemampat. Biasanya terdapat 4 atau 5 punca di suis pilihan ini. Ia berpandu kepada motor kipas sama ada mempnyai 3 kelajuan (High, Medium and Low) atau 2 kelajuan (High and Low)


 

Cara Pengujian

  1. Menggunakan multimeter. Laraskan kepada julat ohm.
  2. Tanggalkan semua kabel dari punca suis dan tandakan setiap punca dan kabel.
  3. Sambungkan dawai penguji dengan punca masuk bekalan dan salah satu punca yang lain.
  4. Putarkan satu step tombol pada suis, jika jarum penunjuk naik ini menandakan suis dalam keadaan Low fan dan seterusnya hingga ke High fan & Cool ( bermaksud motor kipas dalam keadaan putaran yang tinggi dan pemampat beroperasi)


 


 


 

1.3.2.3    MOTOR KIPAS


 

Motor yang digunakan biasanya jenis motor fasa tunggal seperti motor pemuat mula larian, aruhan larian dan sebagainya. Biasanya terdapat 2 atau 3 kelajuan, (Low,
Medium and High) punca-punca motor kipas juga bergantung kepada kelajuan. Punca kabel akan terdapat 5 punca dan 2 kelajuan, 4 kabel. Iaitu kabel LOW, MEDIUM, HIGH. COMMON dan AUX, sebaliknya jika 4 kabel maka kabel MEDIUM dikeluarkan.


 

Cara Pengujian Mencari Punca Com, Aux, Low, Med dan High Motor Kipas

  1. Menggunakan multimeter dan laraskan kepada julat ohm.
    1. Tandakan punca-punca motor kipas dengan No 1, 2, 3, 4 dan 5.
  2. Ukur bacaan setiap rintangan di antara setiap punca dawai.


     

    Cth :


 

Dawai 

1 

2 

3 

4 

5 

Jumlah 

1 

 

20 

25 

30 

35 

110 ohm 

2 

20 

 

40 

50 

60 

170 ohm 

3 

25 

40 

 

45 

70 

180 ohm 

4 

30 

50 

45 

 

80 

205 ohm 

5 

35 

60 

70 

80 

 

245 ohm 

Jadual 1.1 : Bacaan punca-punca motor kipas


 

d)    Berpandukan jadual di atas, dapat ditaksirkan punca-punca C, A, H, M & L berbanding jumlah rintangan. Iaitu :

Nilai paling tinggi = Auxialary

Nilai kedua rendah = Medium

Nilai Kedua tinggi = Common

Nilai paling terendah = Low

Nilai Ketiga = High

(e) Setelah itu bolehlah disambungan ke punca suis pilihan.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 



 


 


 


 


 

1.4    CARA KERJA LITAR KAWALAN


 

Litar elektrik asas biasanya mempunyai pengalir dan alat kawalan seperti suis. Ia kemudian disambungkan kepada sesuatu sumber tenaga luar. Selain litar siri dan litar sesiri, litar utama dan litar kawalan adalah antara litar yang paling penting.

Litar utama terdiri daripada satu fasa dan tiga fasa. Ia juga berfungsi untuk menghidupkan motor. Litar kawalan pendawaian penghidup talian terus atau juga dikenali sebagai Direct On Line (DOL) yang mempunyai beberapa komponen utama terdiri daripada fius, sesentuh, punatekan henti, punatekan hidup, geganti beban lampau dan geganti. Litar ini juga bertindak untuk mengawal litar utama dan mengawal motor.

Cara kerja litar kawalan bermula dari penyambungan wayar hidup terus ke fius yang berfungsi sebagai alat keselamatan litar. Seterusnya arus elektrik akan mengalir ke geganti beban lampau yang berfungsi sebagai pemutus litar elektrik yang berlebihan. Ia kemudian mengalir ke sesentuh yang terdiri daripada sesentuh sedia buka dan sesentuh sedia tutup. Punatekan henti (merah) digunakan untuk menghentikan pengaliran arus elektrik dan punatekan hidup (hijau) digunakan untuk membenarkan arus elektrik mengalir serta menjalankan litar. Seterusnya penyambungan geganti dan terus ke wayar neutral. Litar ini juga dapat menyambungkan lampu sebagai isyarat sesebuah sistem sedang berjalan dan sebagai alat tambahan.


 


 


 


 


 


 


 

Rajah 1.15 : Litar kawalan


 

1 comment: